Isnin, 23 Mei 2011

classmet aku.. huhuhu

sorila.. gmba xbpe keliyer..  amek dr gamb ke kamera phone.. dan masukkan
seronok gler gan diawang nih sume... ade jer sakat menyakat.. xpnah diyam melain kan periksa jer...
senyap...hahahahaha... mcm ner ktewang ade rupa org yg berkerjaya x?

MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN SEJATI?


kAWAN MAKAN KAWANAda juga saya temui kawan jenis makan kawan. Kita tak perlu berhati-hati memilih kawan. Apa yang penting ialah kita perlu berhati-hati bila berkawan. Dalam berkawan, yang baik pada kawan kita ambil, yang buruk jadikan sempadan dan cuba pulihkan, bukan mengapi2kan atau memburuk2kan. 
Kawan yang makan kawan ialah kawan yang bermuka-muka, pandai sangat ambil hati dan kita percaya setengah mati. Segalanya diceritakan kepadanya bila berhadapan dengan masalah, tapi dibelakang kita kawan ini akan memburuk2kan kita dengan pelbagai cara.
kAWAN MENANGIS DAN KETAWAKata orang kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah didapati. Memang jenis kawan seperti ini sering kita temui. Dalam hidup saya, saya tak sunyi daripada berjumpa dan bergaul dengan kawan yang seperti ini. Biasalah, manusia mana ada sempurna, kadangkala bila kita dalam kesusahan , ada kawan yang datang membantu meringankan beban dan perasaan yang kita tanggung. Dan pada masa yang sama juga ada kawan yang kata "padan muka mung", dan bersorak gembira bila kita ditimpa sebarang musibah dan menambah lagi dengan pelbagai umpatan. Tapi saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah, sekarang ini, saya dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik2 belaka. Semoga keadaan ini berterusan.
kAWAN YANG "PUTAR ALAM"
Kawan jenis ini cakapnya berbelit-belit. Di depan kita lain bicaranya, dibelakang kita lain tutur katanya. Apa pun keuntungan selalu berpihak kepadanya. Nasibnya selalui baik, kadang-kadang selalu dicari orang untuk sesuatu tujuan tertentu yang berkepentingan.
KAWAN BILA PERLU SAHAJA (When need)Maksudnya kawan yang hanya baik dan rapat dengan kita bila ketika dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan sahaja. Jenis ini hanya pentingkan diri dan memerlukan pertolongan untuk kepentingan peribadinya. Apabila kepentingannya sudah terlaksana dan tercapai, mereka akan menjauhi dan silap haribulan boleh menjadi musuh.

KAWANSebenarnya kategori dan jenis kawan sangat banyak. Tak penting dan tak perlu lah saya sebut semua sekali di sini. Cukuplah dengan apa yang saya sebut di atas tadi. Lagi pun saya tak ada idea pun untuk disenaraikan lagi , hahahahha. Hubungan antara kawan dan kawan ini tidak begitu mendalam dan bermakna. Kawan-kawan silih berganti dalam hidup kita mengikut di mana kita tinggal, dimana kita bekerja dan sebagainya dan sudah tentu bilangannya ramai dan pelbagai jenis seperti contoh2 tadi.

SAHABAT
Ada yang pada mulanya berkawan tetapi bila bertambah akrab bertukar menjadi sahabat.
Persahabatan juga mempengaruhi secara positif terhadap diri kita. Sahabat mempunyai maksud hubungan dua jiwa yang sangat ikhlas dan suci. 
Dalam pengertian umum sahabat bermaksud teman. Sahabat karib juga bermaksud teman yang paling rapat. Sementara sahabat sehati bererti orang yang sentiasa menemani kita dalam keadaan suka dan duka, sakit atau sihat. Sahabat juga boleh menerima semua kelebihan maupun kekurangannya.

RAKAN

Hubungan yang agak jauh dan tidak rapat tetapi dalam skop yang lebih kecil. Tapi biasanya rakan digambarkan dalam keadaan ramai bilangan, seperti rakan facebook, rakan sekolah, rakan sekerja , rakan sekolej dan sebagainya.

Anda bagaimana? Apalah anggapan kawan-kawan saya kepada saya sebagai kawankepada mereka. Tapi tak apa lah, saya sendiri pun tak nak tahu. Yang penting kena jaga etika ketika berkawan, tatasusila dan batasan adab. Jauhi lah menjadi seoarang kawan yang bersifat seperti tikam kawan dari belakang, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging.

Ada kawan yang cemburu melihat kejayaan orang lain dan tidak boleh melihat seseorang itu lebih "tinggi" daripadanya dalam apa jua keadaan. Sebab itu lah pembersihan jiwa perlu kerana orang seperti ini tidak akan merasa bahagia dalam hidupnya selagi hasrat hatinya tidak tercapai.

Subhanallah......pengajaran dalam hidup menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati semasa berkawan. Jauhi lah hati kita daripada hasad dengki dan khianat kerana jika ini bermaharajalela di hati, akan bertambah hitamlah jiwa kita.

Wallahua'lam.

Ahad, 15 Mei 2011

hah ni sape erk.. ni la hazlinda.. membe baik aku dr kecik.. hahaha dlu ktewang pi skola.. bnyk dak2 ckap "korang kembar ker?" ktewang pun ak 'ah kan je la.... lme da aku x jmpe dye... rindu sngt2 gan dye.... hahahahahaha dye skang study kat kuis amek kos akaun... nk ngorat dye leh.. ni amek no ph... 012- 3456789 hahaha mne leh amek no ph dye.. bab dye da berpunyer.......

cokelat....!!!! say YES...

  • Satu kajian yg mnyatakan di U pittsburgh mndpati cokelat tak menyebabakn migrain spt yg segala org fikirkan .jd mereka yg sering migrain dan sakit kepale x perlu rasa takut untk menikmati cokelat
  • mngndungi bhan spt ubt penenang menjadi penahan sakit dn mnjdkan lebih sihat dan mampu mengeluarkan endorphins mampu membuatkan pemakan merasa sangat happy
  • m'guatkan sstem pertahanan badan mampu jauhkan kite daripada terkena demam atau flu
  • bukan penyebab jerawat. jerawat d'sbbkn perubahan hormon dan genetik
  • trkndung bhan kimia yg mmpu m'wujudkan perasaan sayang.. kalau nakkan si dia lebih sayang pada anda hadiahkan si dia cokelat kegemarannyer
  • dlm skeping cokelat trkndung magnesium yg dperlukan  dlm bdan. ia mmpu mnghindari gejala kesakitan wktu period
  • xkan menggemukkan jika diambil secara sederhana dan selau exercise

Rabu, 16 Mac 2011

     ni la mak gan ayah aku..
         waktu nih diawang nk pi Mekah... tp sampai tarikh 12/02/2011,
ayah aku pergi merehatkan diri selamanye........ Al- fatihah... luv u ayah luv u mak..